Sunday 15 May 2011

kesedihan,kesepian dikala kehilangan berlaku

memori semalam banyak memberikan kenangan terhadap hidupku.
pagi petang, siang dan malam silih berganti,
setiap terbik mentari dari bucu lautan, bermula lah sebuah kehidupan,
setiap kehidupan mempunyai nilai tersendiri..

apabila usia makin meningkat,
tubuh semakin meninggi dan sampai masa makin lemah,
setiap perkara yang berlaku dipandang rasional dan difikirkan panjang.
dahulunya hanya mainan sekarang semua nya berubah.

apabila kematangan menemui ku,
pengalaman mengajarku hidup,
cekal dan tabah diperlukan ,
itulah lumrah dunia.

sudah ditakdirkan dunia ini sentiasa bergerak,
yang hidup pasti akan mati,
ada kelahiran dan ada kematian,
penamat segala memori.

apabila wujud kehilangan ,
sedarlah  satu erti kesedaran,
menyesal, sedih, sayu dan sunyi menyusul.
sebak didada menusuk jiwa.


memori indah merupakan anugerah,
kecil besar,muda dan tua,
kenangan silam sekarang dan masa akan datang salain behubung
membentuk satu ikatan.

titisan air mata menjadi penawar,
hiba dan sebak menjadi racun,
pemikiran rasional hilang entah kemana,
sekadang reality menjadi panduan.


siapa sangup menghadapi semua ini,
kasih sayang dan cinta pada kehidupan ada batasan,
kenangan indah ku simpan di hati,
menjadi penawar hati.

hari-hari berlalu,
ragam manusia membuat ku terkelu,
dahulunya aku pun begtu,
namun bila begini aku terkaku.

tangisan hati siapa yang tahu,
berat mata memandang berat lagi bahu memikul,
harta benda boleh dilihat dengan harga
namun memori indah itu amat berharga.

sekali lagi ku titis kan air mata.
sekadar untuk secebis memori yang indah.,
cemburu dan menyesal menguasai diri,
namun sekadar hanya sekadar memori..

hagai apa yang ada didepan mata. sesunguhnya ia tidak bermakna jika ia menjadikan tidak bermakna tetapi apabila kita menjadikan ia bermakna ia akan memberikan  makna yang besar pada hidup kita..

Friday 13 May 2011

berbicara mengenai exam....

setelah lama bertukus lumus akhirnya selesai jugak kehidupan sebagai seorang pelajar.sejak dari sekolah sehingga ke menara gading hidup xpernah tidak terlepas dari exam....faham2 ler bagaimana rasenya exam kan, tekanan tahap dewa kot walaupun aku ni jenis yang x nampak sangat.time study aku study jugak tpi time main main r puas-puas.tpi yang peliknya time main hampir 20 sehari kot tolak dengan tidor dan memenuhi keperluan harian kot.tpi ape-ape pun manusia ni ada gaya hidup masing-masing kan...so apa yang penting you all tahu identiti dan gaya u all. tu prinsip aku untuk berjaya dalam hidup.lantak lah perlah apa org nk katakan tpi kena la tahu batas-batas jugak bai jangan ler over sangat sampai org xleh  tegur kan.



buat exam terakhinya aku cuba yang terbaik kot.kadang-kadang suka la dalam dewan exam tengok member2 jawab soalan. ada yang garu kepala, ada yang tengok2 kipas dan ada yang tumpu 100% kat kertas bepp.


yang buat tekanan tu der lak member mintak kertas lebih tu.dah la page kertas kosong banyak..mantap r tgk org macam ni.tpi  ada jugak yang balik awal.baru duk satu jam dah bla..dalam ati kata hebat betik minat ni..hehehe..

cter yang paling best time abih exam r.ada yang cakap besar dan da jugak yang cakap kecik..huhuhu..last2 kluar risult hampeh semua....
tpi walau per pun tu adalah yang terbaik kan..kalau markah rendah salah diri sendiri la bepp.xyah nk salahkan org lain kan...tpi per pun apa yang pasti aku buat yang terbaik kali ni.moga-moga dapat keputusan yang terbaik ah...mantappppp...

Thursday 5 May 2011

antara teman dan rakan....

kadang2 aku anggap dunia ni sesuatu yang aneh...
apabila menegur org dikata nya poyo, apabila cuba senyum org kata sombong.
padahal rapat pun tidak, mesra pun tidak sekadar hanya kenal nama dan rupa.,





adakah salah jika berdiam diri daripada berkata yang sia-sia,
kenapa perlu berfikiran negetif sedangkan rapat xseberapa kenal pun tidak lah selama mana.
perlukan menilai seseorang itu hanya sekali pandang dan perlukan untuk bercerita mengenai keburukkan seseorang jika kita tidak mengenali seseorang itu....wajarkah.........apakah lagi insan yang mempunyai tahap pendidikan dan ilmu yang tinggi dimata masyarakat..
mungkin ini lah dunia..
jangan mengumpat woi....dose...dose..
cube fikir positif kat member2..
kisah buruk banyak tpi cari yang baik dalam seseorang manusia.....
seharusnya kita harus sedar tiada benda yang sempurna di atas muka bumi ini.
look ur self ok......

bodoh atau .........

bercakap tentang cinta memang xkan habis..lebih2 lagi time study. ada yg berkekalan dan ada yang sampai sekerat jalan saja. masa bercinte over sangat sampai macam takder perempuan lain kot kat dunia ni...tpi apa yang pasti cinta tu memamg buta kan bukan saja buta mata tapi buta hati,buta otak,bute telinga hampir semua lah bute kot lebih2 duit jugak. kalau x percaya bagi yang hangat bercinta tu ce tengok list pripaid anda dalam bulan ni..ce chek..ce chekkk....

layan lagu dari budak ni.. best bep ......layannnnn.......

Sunday 1 May 2011

bermula nya pengembaraan....

permulaan log baru selepas blog lama di block oleh google,... kecewa betikk..aduhai dah banyak memori silam dalam tu ..aduhaiiiiii........................tpi bermulanya  pukul 2  tepat 2 hb 5 blog ini di buat utk mengisahkan pengembaraan ini......
Walauapapun dalam keadaan sedih ni tanpa menghiraukan masalah, blog baru ni di buka secara rasminya..hehehe.....per pun kata org yang patah tumbuh saling berganti..huhuuuuu.....proses meng upload peristiwa tetap di jalankan seperti mana dulu.....wokeeeeeee.....