Wednesday 31 August 2011


alhamdulilah...sekali la dipanjangkan umur untuk  mengharungi ramadan kali ini..moga-moga pada tahun depan dipanjangkan umur untuk merasai nikmat ramadan pada masa hadapan.. kali ini nk syer 100 hari sebelum kematian.semoga kita dapat bersedia sebelum menemui ajal..sesungguhnya dari tanah kita diciptakan dan dari tanah jua kita akan di kembalikan..renung-renungkan...


Tanda 100 Hari Sebelum Hari Kematian

Adapun riwayat-riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hamba-Nya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT. Walau bagaimanapun, semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam saja, sedangkan orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah, nyawa mereka ini akan dicabut tanpa peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT.

Adapun tanda-tanda ini terbahagi pada beberapa keadaan :

1. Tanda 100 Hari Sebelum Hari Kematian

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hamba-Nya dan hanya akan disedari oleh mereka- mereka yang dikehendakinya. Walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini, hanya apakah mereka sedar atau tidak saja. Tanda ini akan berlaku lazimnya setelah waktu 'Asar. Seluruh tubuh mulai dari ujung rambut sampai ke ujung kaki akan mengalami getaran, seakan-akan menggigil. Contohnya seperti daging sapi yang baru disembelih, dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan- akan bergetar. Tanda ini rasanya nikmat, dan bagi mereka yang sedar dan berdetak di hatinya bahawa mungkin ini adalah tanda kematian maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah sadar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu saja tanpa ada manfaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

2. Tanda 40 Hari Sebelum Hari Kematian

Tanda ini juga akan terjadi sesudah waktu 'Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pohon yang letaknya di atas 'Arasy Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mulai membuat persediaannya ke atas kita antaranya adalah ia akan mulai mengikuti kita sepanjang waktu. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

3. Tanda 7 hari
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah sakit dimana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba dia berselera untuk makan.

4. Tanda 3 hari
Pada masa ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita yaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat diketahui / difahami maka berpuasalah kita setelah itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan turun, dan ini dapat diketahui jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

5. Tanda 1 hari
Akan berlaku sesudah waktu 'Asar dimana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di bahagian ubun-ubun dimana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu 'Asar keesokan harinya.

6. Tanda akhir
Akan berlaku keadaan dimana kita akan merasakan satu keadaan dingin di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

original text from http://nuursyifa.blogspot.com

Sunday 21 August 2011

kerja wehh

sebulan selepas graduit sebarang kerja formal pun xdapat lagii..apalahh nasib badan ni,,.aduhaiiiiiiiiii..
aper pun aku anggap kerja  yang aku lakukan sekarang ni adalah pengalaman berguna buat aku. bak kata org bermula dari bawah tu kerja kita lebih bermakna n lebih berjaya pada masa hadapan. walau ape pun kerja yang aku buat satu perkara jer hala tuju aku iaitu matlamat tidak berubah..aku menggunakan matlamat aku tu sebagai last result untuk mendifinisikan hidup aku sebagai seorang yang berjaya, berjaya di dunia and of course la akhirat jugak nak..
namunn kerja ni xseperti apa di bayang kan..aduhiiii makk oii susah sangat tu..berpeluh-peluh ambe dibuatnya..selama ni kita tgk org buat kerja kita kata macam2 kan. ni dah kerja terutama yang terlibat dalam sektor swasta ni memang banyak dugaan la...asyik nk kejar untung jerrr..swastaaaaa kannn..
utk kejar untung ni diorang ni main sedap jer campak staf p sana sini..boleh pensan den dibuatnya.tpi ape blh buat dah memang tugas kannn.. ape pun asalkan razeki halal n masih ada rasa kesabaran dalam hati ok la .setakat ni boleh bertahan lagi la....so pada garaduit yang akan convo nanti make preparation ok...dari segi jasmani and rohani....
dengan itu aku attached jugak sebuah lagi band tempatan ni utk hilangkan boringgg k.....


Tuesday 2 August 2011

ustaz ohhh ustazz

ramadan menjelma lagi, makin lama makin tua kita la kan...
tiap2 bulan ramadan datang biasa la kan pikir ibadat jer kan.. walaupun bulan2 lain serupa jugak suruhannya yang dibezakan adalah berpuasa..tpi mesti la pahala bulan puasa ni lain la sikit..
 ibarat lain padang lain belalang nya,, mengambarkan untuk mengerjakan ibadah di bulan puasa ni terutama soal sembahyang terawih..

tpi ni bukan benda nk dicerita kan la..

minggu lepas aku p sembahyang la terawih kat satu masjid ni....semua nya nampak ok jer kan maklum la bulan puasa  mesti la nk pahala lebih sikit kan...so imam pun agak menebal la..time sembahyang memang top r..bacaan surah al quran daripada budak tahfiz memang mantap r.panjang bep xleh lawan dengan aku ni walaupun dah abis mengaji alquran pun tetapi bacaan pun x berapa betul.

tpi per yang rasa panas nya ada la ustaz tu,, dia buat tazkirah ..bunyi tazkirah tu nampak la ok baikkk jer kan tpi kandungan panas betul...aku rase sedih pun ade...

ape aku maksudkan adalah ustaz tu mainkan agenda politik dalam ceramah dia...aku tak kisah la dia ni ahli politik mana walaupun ceramah dia tu ada la berbaur tempias agenda bersih 2.0 ari tu.. yang aku tak faham kenapa sebahagian besar ustaz ni yang dikatakan ilmu agama tinggi berbanding dengan org lain dan ada diantara mereka bergelar ahli ulama ni ashik melihat sesuatu isu dari sudut negetif..bab kata pensyarah aku semasa aku belajar dulu..kalau kita cari benda negetif hasilnya memang pasti la negetif..sebagai seorang ustaz la..(pendapat aku) politik harus dipisahkan dari ceramah kerana politik tu menyebabkan agama /kesucian agama tu musnah.apabila ceramah begitu ada yang tersinggung dan ada pulak yang menimbulkan fanatik dan apa yang lebih teruk adakah ilmu yang dia cakapkan betul dan tepat..?!!..

masa tu ade la aku tgk ader 2 3 org pakcik ni lari meninggalkan masjid selepas menunggu  untuk bersolat terawih..maklum la org kerja xsempat balik rumah so dia org singgah kat masjid just nk sembahyang kan..


so aku harap la keadaan seperti ini tidak la berlaku walaupun aku thu la kuala lumpur ni memang la pusat kepada semua kan...sepatutnya la bulan baik ni kita sebagai umat islam sama2 mengeratkan hubungan sesama islam bukan nk memecahkan islam dengan mengunakan parti poitik..anggapan aku la, sebagai manusia beza kita antara manusia adalah ilmu.so jangan jadikan ilmu yang terdapat pada anda bertujuan untuk memanipulasi org lain...org yang memanipulasi fakta terutama org yang beramain ilmu agama aku rase dia org paling teruk kerana ia bukan sahaja menyebabkan berlaku perpecahan umat tetapi merosakkan kesucian agama islam itu sendiri.....