Saturday 16 July 2011

kerja oh kerja

keluhan mahasiswa apabila bila bergelar graduan. seperti mana member2 yang lain yang terdulu segelung ijazah tidak menjamin seseorang graduan itu mendapat kerja dengan mudah lebih2 lagi dalam aliran sains kemanusiaan dan pointer yang rendah...
walaupun mnedapat tajaan daripada jPA seseorang graduan dalam aliran ini tidak  semestinya mendapat kerja dalam sektor  kerajaan terutamanya dalam bidang yang dipelajari. selepas menempuh alam pekerjaan ini mendapati bahawa kebanyakkan dalam apa yang  dipelajari tidak diguna pakai dalam alam pekerjaan ini. ini meninbulkan beberapa persoalan antaranya..
1-kenapa kursusu ditawarkan mengeluarkan banyak graduan sedangkan jumlah kerja dalam bidang ini adalah terhad.
2- kaedah pembelajaran dan skop pembelajaran adalah berlainnan contohnya dalam alam pekerjaan kegunaan mikrosof exel lebih banyak digunakan dalam membuat analisis berbanding kaedah yang mengunakan perisian SPSS yang kebanyakkan digunakan untuk membuat analisis.

hal ini menimbukan kesukaran kepada graduan terutamanya bagi kursus yang tiada latihan praktikal  dalam menempuh alam pekerjaan.

dalam alam pekerjaan persaingan amat ketat.apa yag boleh dikatakan siapa cepat belajar dan peka dengan keadaan sekeliling maka seseorang itu mudah berjaya desamping disokong oleh soft skill dan kemahiran berbahasa engeris.
hampir 80 peratus graduan berkerja belainan bidang apa yang dipelajari di universiti contohnyaa daripada seseorang  yang mengambil ijazah sains sosial kepada bahagian perbankan dan kewangan iaitu terlibat didalam bidang audit. sesetengah golongan boleh meyesuaikan diri tetapi sesetengah keadaan tidak dapat menyesuaikan diri menyebabkan  belaku konflik dan tekanan semasa menjalankan kerja..

jadi penutup kata..belajar sepanjang hayat, jangan mudah  berpuashati dengan apa yang ada, sentiasa mecari dan mengambil peluang yang ada didalam kedaan sekeliling disamping berusaha menguasai seberapa banyak bahasa didunia terutama bahasa inggeris..
sekian..wassalammm...