Monday 21 November 2011

FINAL FOOTBAALL SEA GAMES MALAYSIA VS INDONESIA

apa nk kata .malaysia memang terbaik dalan segi bola sepak..kemenangan skuad negara  mencalarkan maruah si indonesia yang  bermoscord garuda nih yang selama ni asyik dengki jer.dalam FB pun siap2 duk ceroboh n kutuk-kutuk malaysia...padan la muka mu..haaahahaahaa

jomm tgk coretan semalam..sukeenyeeee..hahahahaa






Sunday 20 November 2011

hangat2 PRU-13

Hangat2 PRU-13 makin terasa di dalam media-media n wakil2 rakyat parti2 politik.wakil pro kerajaan n pembangkang masing2 sibuk timbul dan tengelam isu2 untuk menang pilihan raya..kuasa la katakan.manusia mana yang x gila kuasa kan..yang [ro kerajaan promosi pembangunannya sampai lupa pembangunan yang dia org rancang tu untuk siapa.sampai ke kepada rakyat yang ni dia tuju orr hanya kepada masyarakat kelas pertengahan n bandar jer walaupun duit berjuta2 ditaburkan kepada rakyat tpi bagi aku walaupun sebannyak mana la ko rag tabur tapi benda2 penting terutamanya kebajikan, sosial, ekonomi masyarakat tidak diambil kira jangan harap la nk menang.hehhee...bagi pembangkang pula x abih2 ngan isu liwat nya, video entah ape2 la agama..xpaham betul la aku..yang paling aku benci nk ader plak yang main isu perkauman dah memang semua org tahu yang kaum peribumi kat malaysia ni memang terbelakang daripada segi sosioekoniminya berbanding kaum cina...geram betul aku!!!!..
kalau kat nrgara barat isu2 yang di keluarkan adalah berdasarkan untuk masyarakat peri bumi n rakyat dalam negara sendiri ni malaysia per kess..xabih2 ngan isu mengarutt jer..ko org ingat generasi muda macam aku ni  xdapat pikir n lihat ker mana yang betul macam makcik2 yang rambut putih p parti  pakai seksi2 tu yang bagi bantuan sana bantuan sini nk tunjuk perihati..org blh tgk la keiklasan ko bagi tu.eeleeee.
bagi aku isu paling teruk kat malaysia ni adalah rakyat mengangur..malaysia rakyat yang mengangur adalah lebih daripada 1 juta org berbandung peluang pekerjaan yang di berikan kepada org asing sebyak lebih 2 juta org kat malaysia nih..baru2 ini isu PM kita tubuh slim kan..aku nk bagi thu la daripada member aku ada sebuah company ni  hanya bagi alaun just 700 berbanding alaun sebenar RM1000 yang di warwarkan. sabo jer la..pengalaman 0hh pengalamannnn..

kalau nk ikut benda tu aku rase kelebihan banyak dapat kat  syarikat dah la dapat potongan cukai malahan dapat kerahan tenaga golongan  pekerja baru lagi dengan gaji yang murah lagii..huhuuu siapa xnak..kalau aku tauke minyak pun nk gaji sikit tpi faedah banyak..emmmmmm
yang jadi persoalannya kalau p mintak pekerjaan kat syarikat kecik n besar ni dia org nk ker????slim ader ape benda tu setakat belajar nk mengurus  n nk bekerja..huh!!
aku rasa la problem utama malaysia ni sisitem pengajian tinggi menawarkan bidang yang tidak sehaluan dengan pembangunan negara(maklum la nk maju cepat). so banyak la mata pelajaran pelik2 yang di tawarkan.ko ingat kalau x sama ngan bidang n xda pengalaman kerja bekernaan ngan bidang tu ada org nk ambik kerja ker.yuran pengajian setiap tahun naik.loan ptptn xbayar, kerja dapat tpi gaji taraf sijil izajah letak dalam bingkai kat rumah.so siapa yang salah kat sini..geram betul aku...kesian plak aku tgk kat adik2 kat u tuh...
soo sebagai generasi baru, aku x layan la isu2 haprak yang ahli2 politik entah ape2 nih.aper yang aku nk tengok ade tak ahli politik yang membawa isu yang berguna terhadap pembangunan negara.issu yang boleh di pakai yang dapat membela rakyat tempatan dan seterus nya membangunkan bangsa malaysia..kalau tahap sekarang ahli politik kita jangan harap la bangsa kita nk berubah...semua nk simpan dalam poket sendiri jer..sebelum dapat kuasa janji macam2 dah dapat semua simpan dalam poket siap2 boleh bina sistem dinasti lagi....
ayuh org muda pembaharuan bangsa malaysia bermula dari kitta...ayuhh!!!

Saturday 29 October 2011

uks-seksa


bulann, minggu, hari, saat yang teruk..detik2 tuhan ingin mendekatkan diri kepadanya agaknya...alhamdulilahh

luka berdarah

haiiii bengangnyaaaa....
xabih-abih dengan kesilpan..
kekecewaan..
masalah datang dan pergi..
kekurangan melebihi daripada kelebihan...
kestabilan kurang daripada ketidakseimbangan...
keduniaan dan keakhiran..
lihat dan buta..
lengkah demi langkah...
mencari tapak...
mencari erti hidup..
mencari kebenaran..
mengenali dunia...
salah tetap salah....
yang pasti kekecewaan menguasai darah merah ini..
adakah semua ini palsu...
semakin dalam menyelami semakin banyak halangan dan dugaan..
harap kembali sinar dilaluan putih ku..
mencorak kembali rentangan perjalanan hidup ini..

Thursday 15 September 2011

sejarah vs politik

sejak akhir2 ni politik  malaysia semakin rakus . rakus bukan sahaja dalam merebut harta dan kuasa tapi turut didalam ilmu pengathuan dankehidupan...
sejak isu mat sabu yang menyatakan bahawa salah seorang daripada anggota komunis  sebagai oleh pejuang negara untuk menuntut kemerdekaan, maka sejak daripada itu tercetus perang sejarah diantara golongan-golongan tertentu tidak termasuk jugak golongan ahli politik ni. aku tgk sekarang politik kat malaysia ni dah macam cacing yang akan merosakkan negara xkira apa jua keadaan..kalau dahulu sebelum tahun 2000 dia org bergerak atas dasar agama  tpi byk plak fatwa2 yang timbul. time sukan naik dia org pegang tpi kesannya mutu sukan kemana piala pun entah kemana.sekarang ahli politik ni cuba lak nk masuk dalam ilmuan sejarah lak...aduhaiii kalau dah xder ilmu tolonglah p kat perpustaan untuk buat kajian bro!!

berkenaan isu komunis vs pejuang negara ni.aku x tgk la satu isu besar dalam sejarah malaysia kerana aku sebagai generasi y kan..tpi aku kesah kerana ia melibatkan sejarah( patut lulus dalam sukatan pelajaran).

sejarah merupakan satu peristiwa!. peristiwa yang telah berlaku dikategorikan atau kita boleh katakan sebagai sejarah(nk fhm lebih senang). jadi untuk faham lebih mendalam dalam sesuatu peristiwa sudah pasti seseorang tu perlu thu apa yang peristiwa dia nk cari dan ikuti tu dannnnn setiap peristiwa tu mesti diikuti sehingga ke akhir.

berbalik dengan sejarah komunis tidak kah anda sedar kesan kalau kita angkat komunis pada waktu pemerintahan  PM1 hingga ke-4???.kerana adeologi komunis pada masa itu masih lagi wujud dan apakah effect kepada tanah melayu n malaysia khususnya pada masa sekarang.

komunis datang ke malaysia ekoran daripada rasa ingin tidak puas hti kaum cina akibat dilayan oleh kejam oleh tentera jepun. oelh hal demikian golongan ini masuk kehutan bagi menentang pendudukkan jepun ditanah melayu . namun begitu gologan ini terjebak dengan ideologi komunis kerana hampir kesemua ahlinya adalah daripada keturunan cina dan secara lansung telah terpengaruh ideologi ini kerana pada masa itu tanah besar china di kuasai oleh parti komunis..

namun begitu golongan ini  menerima bantuan daripada british seperti  peralatan senjata dan bahan letupan dan juga makanan dan ubat-ubatan bagi menentang pendudukkan jepun  di tanah melayu pada  masa itu. walaupun penentangan secara gerila namun kesan yang kuat terhadap pendudukkan jepun di tanah melayu pada masa itu.
 selepas perang dunia ke-2 tamat, komunis berpaling arah daripada pihak british dan bertindak menentang pentadbiran kerajaan british pada masa itu,.peristiwa yang paling teruk adalah peristiwa bukit kepung yang jadi kontrovesi sejak ari2 ni. tpi selama 2 minggu kekuasaan komunis berapa banyakkah kekejaman berlaku ditanah melayu?.. berapa bayakkah kerugian itu berlaku? tu u all kena  cari dalam buku la..tpi yang pasti kesan nya menberikan luka yang mendalam kepada pddk tanh melayu khususnya kaum melayu.

jika kita kaitkan dengan komunis itu pahlawan kerana bertindak menentang pendudukkan british dan jepun di tanah melayu.pernah kah kita pikir bagaimana pddk tanah melayu menyambut kedatangan askar jepun dengan baik pada masa itu.??...apakah aku boleh katakan bahawa jepun tu adalah pahlawan kerana dengan kedatangan jepun itu lah menyebabkan kita bebas daripada  pentadbiran british( sementara waktu) dan wujud semangat mentadbir negara sendiri selepas itu..aku daoat lihat daripada sudut ini jepun merupakan permulaan bagi segala-galanya buakan sahaja dia malaya ttpi jugak di seluruh asia.....
?

apa yang dapat disimpulkan bahawa sejarah mesti dilihat secara menyeluruh bukan sekerat2 yer..sejarah ni ada banyak versi kerana setiap org mempunyai versi berlainan..anda bijak anda akan berfikir apa yang org cakapkan betul atau tidak....so selalu buat research baik utk minda kita...be neutral otak kita lebih baik dan seimbang kott..

Wednesday 31 August 2011


alhamdulilah...sekali la dipanjangkan umur untuk  mengharungi ramadan kali ini..moga-moga pada tahun depan dipanjangkan umur untuk merasai nikmat ramadan pada masa hadapan.. kali ini nk syer 100 hari sebelum kematian.semoga kita dapat bersedia sebelum menemui ajal..sesungguhnya dari tanah kita diciptakan dan dari tanah jua kita akan di kembalikan..renung-renungkan...


Tanda 100 Hari Sebelum Hari Kematian

Adapun riwayat-riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hamba-Nya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT. Walau bagaimanapun, semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam saja, sedangkan orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah, nyawa mereka ini akan dicabut tanpa peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT.

Adapun tanda-tanda ini terbahagi pada beberapa keadaan :

1. Tanda 100 Hari Sebelum Hari Kematian

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hamba-Nya dan hanya akan disedari oleh mereka- mereka yang dikehendakinya. Walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini, hanya apakah mereka sedar atau tidak saja. Tanda ini akan berlaku lazimnya setelah waktu 'Asar. Seluruh tubuh mulai dari ujung rambut sampai ke ujung kaki akan mengalami getaran, seakan-akan menggigil. Contohnya seperti daging sapi yang baru disembelih, dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan- akan bergetar. Tanda ini rasanya nikmat, dan bagi mereka yang sedar dan berdetak di hatinya bahawa mungkin ini adalah tanda kematian maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah sadar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu saja tanpa ada manfaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

2. Tanda 40 Hari Sebelum Hari Kematian

Tanda ini juga akan terjadi sesudah waktu 'Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pohon yang letaknya di atas 'Arasy Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mulai membuat persediaannya ke atas kita antaranya adalah ia akan mulai mengikuti kita sepanjang waktu. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

3. Tanda 7 hari
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah sakit dimana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba dia berselera untuk makan.

4. Tanda 3 hari
Pada masa ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita yaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat diketahui / difahami maka berpuasalah kita setelah itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan turun, dan ini dapat diketahui jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

5. Tanda 1 hari
Akan berlaku sesudah waktu 'Asar dimana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di bahagian ubun-ubun dimana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu 'Asar keesokan harinya.

6. Tanda akhir
Akan berlaku keadaan dimana kita akan merasakan satu keadaan dingin di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

original text from http://nuursyifa.blogspot.com