Tuesday 2 August 2011

ustaz ohhh ustazz

ramadan menjelma lagi, makin lama makin tua kita la kan...
tiap2 bulan ramadan datang biasa la kan pikir ibadat jer kan.. walaupun bulan2 lain serupa jugak suruhannya yang dibezakan adalah berpuasa..tpi mesti la pahala bulan puasa ni lain la sikit..
 ibarat lain padang lain belalang nya,, mengambarkan untuk mengerjakan ibadah di bulan puasa ni terutama soal sembahyang terawih..

tpi ni bukan benda nk dicerita kan la..

minggu lepas aku p sembahyang la terawih kat satu masjid ni....semua nya nampak ok jer kan maklum la bulan puasa  mesti la nk pahala lebih sikit kan...so imam pun agak menebal la..time sembahyang memang top r..bacaan surah al quran daripada budak tahfiz memang mantap r.panjang bep xleh lawan dengan aku ni walaupun dah abis mengaji alquran pun tetapi bacaan pun x berapa betul.

tpi per yang rasa panas nya ada la ustaz tu,, dia buat tazkirah ..bunyi tazkirah tu nampak la ok baikkk jer kan tpi kandungan panas betul...aku rase sedih pun ade...

ape aku maksudkan adalah ustaz tu mainkan agenda politik dalam ceramah dia...aku tak kisah la dia ni ahli politik mana walaupun ceramah dia tu ada la berbaur tempias agenda bersih 2.0 ari tu.. yang aku tak faham kenapa sebahagian besar ustaz ni yang dikatakan ilmu agama tinggi berbanding dengan org lain dan ada diantara mereka bergelar ahli ulama ni ashik melihat sesuatu isu dari sudut negetif..bab kata pensyarah aku semasa aku belajar dulu..kalau kita cari benda negetif hasilnya memang pasti la negetif..sebagai seorang ustaz la..(pendapat aku) politik harus dipisahkan dari ceramah kerana politik tu menyebabkan agama /kesucian agama tu musnah.apabila ceramah begitu ada yang tersinggung dan ada pulak yang menimbulkan fanatik dan apa yang lebih teruk adakah ilmu yang dia cakapkan betul dan tepat..?!!..

masa tu ade la aku tgk ader 2 3 org pakcik ni lari meninggalkan masjid selepas menunggu  untuk bersolat terawih..maklum la org kerja xsempat balik rumah so dia org singgah kat masjid just nk sembahyang kan..


so aku harap la keadaan seperti ini tidak la berlaku walaupun aku thu la kuala lumpur ni memang la pusat kepada semua kan...sepatutnya la bulan baik ni kita sebagai umat islam sama2 mengeratkan hubungan sesama islam bukan nk memecahkan islam dengan mengunakan parti poitik..anggapan aku la, sebagai manusia beza kita antara manusia adalah ilmu.so jangan jadikan ilmu yang terdapat pada anda bertujuan untuk memanipulasi org lain...org yang memanipulasi fakta terutama org yang beramain ilmu agama aku rase dia org paling teruk kerana ia bukan sahaja menyebabkan berlaku perpecahan umat tetapi merosakkan kesucian agama islam itu sendiri.....

No comments:

Post a Comment